‼️IPSI SAMPAIKAN SUMBANGAN BERMESEJKAN “SHARE THE LOVE AND MERCY OF PROPHET MUHAMMAD PBUH”‼️

8 November 2020 | Ahad
Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) telah mengedarkan sebanyak 100 kampit beras kepada penduduk b40 di Rifle range flat block E, Pulau Pinang pada 8 November 2020 tanpa mengira bangsa dan agama.
Sumbangan beras ini bermesejkan “Share The Love And Mercy Of Prophet Muhammad PBUH” berserta hadis nabi yang dilekatkan pada bungkusan beras tersebut. Berikut adalah hadis yang dikongsikan:
Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: “Barangsiapa tidak menyayangi penduduk di bumi maka dia tidak akan disayangi oleh penduduk di langit”.
(Riwayat Ath Thabarani, dan dishahihkan oleh Al Hafidz As Suyuthi)
Turut hadir bersama Tuan Haji Kamarudin Bin Abdullah (Presiden IPSI, Pengarah Hal Ehwal Dakwah MAPIM Malaysia), Dr. Mohamed Amir Shah Bin Abd. Aziz (Timbalan Presiden IPSI) serta dua wakil rakyat iaitu YB. Jason Ong Khan Lee (ADUN Kebun Bunga) serta YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain (ADUN Batu Maung, Exco Perdagangan & Industri Dan Pembangunan Keusahawanan).
Usaha-usaha kebajikan IPSI ini merentasi sempadan kaum, bangsa dan agama. InsyaAllah IPSI sedang merancang membantu mereka yang mungkin terputus bekalan asas semasa PKPB ini di Pulau Pinang. Jom kita bersama membantu mereka yang ditimpa musibah dengan menyumbang dana ke akaun bank IPSI
⚠️Salurkan sumbangan anda ke akaun
🌹Maybank
🌹Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pulau Pinang
🌹557380300023
Hantar resit sumbangan kepada Puan Sarah Tan 019-475 9745
—————————————–
JOM SERTAI SUKARELAWAN IPSI
Jom jadi sebahagian daripada ahli keluarga IPSI. Kami mengajak dan membuka peluang kepada rakan-rakan di luar sana yang berminat dan ingin turut serta dalam dunia dakwah untuk menjadi sukarelawan IPSI. InsyaAllah banyak manfaat yang bakal anda perolehi.
Anda boleh daftar di pautan ini
.

You may also like...