📢‼️STREET DAKWAH SEMPENA MAULIDUR RASUL 2020📢‼️

Rabu 28 Oktober 2020 – Ketika mereka menghina Nabi Muhammad S.A.W di sana, kita agungkannya dengan berkongsi kasih sayang nabi melalui Street Dakwah di sini. “Mereka baling batu, kita balas dengan bunga.” InshaAllah.
Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) meneruskan lagi program Street Dakwah yang bertemakan “Share the Love and Mercy of Prophet Muhammad PBUH”. Program tahunan ini telah diasaskan oleh Tn. Hj. Kamarudin Bin Abdullah, Presiden IPSI semenjak tahun 2008 lagi pada setiap kali sambutan Maulidur Rasul. IPSI menyediakan sebanyak 1000 beg berisi bunga ros, coklat dan risalah berkenaan Nabi Muhammad untuk diedarkan kepada masyarakat bukan Islam di sekitar Pulau Pinang dalam usaha memperkenalkan Baginda Nabi saw kepada sahabat bukan Islam. Walaubagaimanapun pada tahun ini, IPSI menyediakan sebanyak 50 beg sahaja kerana Pandemik Covid-19.
Pagi ini, Tn. Hj. Kamarudin Bin Abdullah selaku Presiden IPSI dan Pengarah Hal-Ehwal Dakwah MAPIM Malaysia serta Timbalan Presidennya, Dr. Mohamed Amir Shah bersama Yang Berhormat Haji Mohd Tuah bin Ismail selaku ADUN Pulau Betong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan dan Dakwah, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) turun hadir ke Pejabat IPSI di Jalan Argyll bagi pelancaran dan memberi motivasi kepada Sukarelawan IPSI untuk menjalankan aktiviti Street Dakwah ini. Pihak IPSI mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran YB Mohd Tuah atas kesempatan masa yang diberikan.
Ini adalah salah satu metodologi dakwah IPSI untuk memperkenalkan kemuliaan dan kebenaran serta kasih sayang Nabi Muhammad SAW kepada mad’u. Respon yang diterima daripada mad’u sangat positif, rata-rata mereka tidak menolak pemberian hadiah kami ini. Mereka juga turut mengetahui bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi yang terakhir serta Islam ini satu agama yang mengajak kepada kedamaian. Alhamdulillah. Moga dengan usaha kerdil ini Allah mencampakkan hidayah kepada mereka untuk mentauhidkan-Nya.

Terima kasih diucapkan kepada MAPIM : Malaysian Consultative Council for Islamic Organization atas sokongan dalam menjayakan usaha program dakwah-dakwah IPSI selama ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada jemaah IPSI serta para sukarelawan yang hadir. Moga Allah rahmati kita semua

———————–
Anda rasa menyesal kerana tidak dapat turut serta dalam program ini? Jangan risau, anda masih boleh bersama IPSI dalam membantu usaha dakwah ini dengan menginfaqkan sedikit wang kepada akaun Maybank IPSI di bawah sebagai tanda penyertaan dalam usaha mulia sebegini. Satu bag bernilai RM20 sahaja. Jom berinfaq!
🌹Akaun Maybank
🌹Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pulau Pinang
🌹557380300023
Hantar resit sumbangan kepada Sister Sarah Tan 019-475 9745

You may also like...