ANUGERAH TOKOH PENDAKWAH MAAL HIJRAH 1439H/2017M

[ ANUGERAH TOKOH PENDAKWAH MAAL HIJRAH 1439H ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Insya Allah, pada 22 September 2017 (Jumaat) bermula jam 8 hingga 11 malam, IPSI dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan program Anugerah Tokoh Pendakwah Maal Hijrah bagi menghargai jasa dan sumbangan besar para pendakwah kita bertempat di Auditorium Majlis Perbandaran Seberang Perai. Untuk makluman, dalam program tersebut juga akan diadakan forum yang bertajuk “Islam Rahmat Untuk Semua”.

Justeru, anda semua dijemput untuk hadir ke program tersebut untuk sama-sama memeriahkan majlis dan menambah pengetahuan. Sila kongsikan supaya lebih ramai yang memperoleh manfaat, insya Allah.. Terima kasih.

……………………..……………………..……….
Bantulah IPSI untuk membantu dakwah dan ummah.
Salurkan sumbangan anda ke akaun aktiviti IPSI 5573 8030 0023 (Maybank)

You may also like...