BANTUAN BULANAN KEPADA FAKIR MISKIN

Alhamdulillah 28 Julai 2019 yang lalu, Jemaah IPSI telah menyantuni 10 buah keluarga yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama di Flat Taman Seri Damai Batu Lanchang. Bantuan yang diberikan berupa makanan asas seperti beras, tepung, susu, gula, biscuit, minyak masak, milo dan sebagainya.

Pada kebiasaannya kami akan memberi sumbangan ini kepada 20 buah keluarga di lain-lain kawasan perumahan berkos rendah. Jadi, bagi sesiapa yang ingin menaja atau memberi sumbangan untuk membantu usaha-usaha kebajikan ini, bolehlah berhubung terus ke talian nombor pejabat IPSI 04-2274847.

 

You may also like...