GUDANG BUKU-BUKU DAN RISALAH-RISALAH DAKWAH IPSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gudang IPSI yang terletak di Sungai Petani, Kedah ini merupakan hasil sumbangan ummah kepada IPSI bagi menjalankan usaha dakwah dengan lebih efisien lagi. Secara rasmi gudang ini telah diambil alih oleh IPSI pada bulan 5 tahun 2018.

Atas amanah ummah kepada IPSI, pantauan secara berkala pada setiap bulan akan dilakukan oleh pihak IPSI bagi memastikan segala buku-buku dan risalah-risalah dakwah sentiasa dalam keadaan baik, tersusun dan mencukupi.

Untuk pengetahuan semua, di gudang ini kami menyimpan Al Quran-Al Quran terjemahan pelbagai bahasa seperti bahasa Jepun, Korea, Inggeris, Cina dan Tamil. Selain itu, buku A Brief Illustration Guide To Understand Islam turut disimpan dalam pelbagai bahasa. Begitu juga buku A New Muslim Guide, buku Discover Islam dan banyak lagi buku yang disimpan bagi tujuan edaran kepada ummah.

IPSI mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada ummah atas sumbangan yang diberi. Sumbangan anda tidak akan disia-siakan. Moga Allah menerima amalan baik kita ini.

———————————-
Bantulah IPSI untuk membantu dakwah dan ummah.
Salurkan sumbangan anda ke akaun aktiviti IPSI 5573 8030 0023 (Maybank).
LIKE & SHARE untuk sebarkan mesej ini. Jazakumullahu Khairan Katsira

You may also like...