IPSI BANTU SUMBANG KEPERLUAN UNTUK PETUGAS BARISAN HADAPAN HPP

SELASA, 17 NOVEMBER 2020 – Alhamdulilah. Syukur kepada Allah kerana sekali lagi memberikan peluang untuk kami di Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) untuk menyalurkan sumbangan barang keperluan kepada para petugas barisan hadapan.
Misi kami adalah untuk melakarkan senyuman kepada para petugas barisan hadapan di Hospital Pulau Pinang (HPP) ketika berjuang melawan pandemik Covid-19 demi kesejahteraan masyarakat melalui mesej yang ingin kami sampaikan iaitu “Share The Love and Mercy of Prophet Muhammad PBUH”
Barang keperluan yang disumbangkan berbentuk pemanas air, cerek elektrik dan pengimbas suhu dengan harapan bantuan berkenaan dapat menceriakan lagi para petugas.
Presiden IPSI, Tn. Hj. Kamarudin Abdullah menyerahkan sumbangan tersebut kepada wakil Hospital Pulau Pinang iaitu Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan HPP, En. Wong Cheng Yew.
Kami berbesar hati apabila bantuan ini diterima dengan baik oleh pihak pengurusan HPP. InsyaAllah, IPSI juga merancang untuk mempelbagaikan lagi bentuk bantuan kepada para petugas barisan hadapan mengikut keperluan mereka.
“Nilai bantuan tidak penting, yang penting adalah keikhlasan untuk membantu,” kata Tn. Hj. Kamarudin Abdullah.
Usaha-usaha kebajikan IPSI ini merentasi sempadan kaum, bangsa dan agama. InsyaAllah IPSI sedang merancang membantu mereka yang mungkin terputus bekalan asas semasa PKPB ini di Pulau Pinang. Jom kita bersama membantu mereka yang ditimpa musibah dengan menyumbang dana ke akaun bank IPSI.
⚠️Salurkan sumbangan anda ke akaun
🌹Maybank
🌹Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pulau Pinang
🌹557380300023
Hantar resit sumbangan kepada Puan Sarah Tan 019-475 9745
——————
IPSI sedang berusaha untuk membeli sebuah tanah atau bangunan untuk aktiviti dakwah dan kebajikan di Georgetown Pulau Pinang.
Sahabat-sahabat bantulah IPSI untuk membelinya, insha Allah.
🌐 Klik link di bawah untuk menyumbang:
https://www.ipsi.com.my/cf/campaign/sumbangan-pembelian-tanah/

You may also like...