You are currently viewing SHEIKH YUSUF ESTES PUBLIC LECTURES TOUR IN MALAYSIA : 23, 24 & 26 Mac 2018 :

SHEIKH YUSUF ESTES PUBLIC LECTURES TOUR IN MALAYSIA : 23, 24 & 26 Mac 2018 :

  • Post author:
  • Post category:News

 

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Insya Allah, berikut merupakan senarai program Sheikh Yusuf Estes yang akan berlangsung di Malaysia bermula pada 23 Mac hingga 26 Mac.

Program pertama pada 23 Mac 2018 (Jumaat) dengan tajuk “From Darkness to Light” akan berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Ceramah akan bermula pada jam 8 malam hingga 11 malam. Masuk adalah percuma.

Manakala, program kedua, Memperjelas Salah Faham Berkaitan Islam, Sesi Ramah Mesra dan Soal Jawab adalah pada 24 Mac 2018 (Sabtu) bertempat di Auditorium Sheikh Ahmed Deedat, bangunan IPSI yang beralamat di No. 197, Jalan Argyll, 10050 Georgetown, Pulau Pinang. Program ini adalah berbayar iaitu RM130 seorang dan tempat adalah terhad kepada 80 orang sahaja. Program akan bermula pada jam 3-6 petang. Minum petang turut disediakan. Untuk pendaftaran sila hubungi Bro. Hafiz di talian 013-995 2927 atau hubungi pejabat IPSI di talian 04-227 4847.

Program ketiga pula adalah pada 26 Mac 2018 (Isnin) dengan tajuk Please Don’t Let Me Be Misunderstood akan berlangsung di Kristal Hall, Tm Convention Centre, Kuala Lumpur, bermula pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang. Masuk adalah percuma.

Program keempat pula adalah pada 26 Mac 2018 (Isnin) dengan tajuknya Islam is Cool yang akan berlangsung di Pertubuhan Al-Khaadem, Sg Kayu Ara, Petaling Jaya, Selangor. Program akan bermula pada jam 9 malam hingga 10 malam. Semua dijemput hadir.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan boleh PM facebook ini atau hubungi kami di talian 04-227 4846 / 47.

————————–————————–————->>>

Bantulah IPSI untuk membantu dakwah dan ummah.
Salurkan sumbangan anda ke akaun aktiviti IPSI 5573 8030 0023 (Maybank).

LIKE & SHARE untuk sebarkan mesej ini. JazakAllah Khairan Khathira.