KUNJUNGAN KE PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

KUNJUNGAN KE PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan izin Allah s.w.t pada hari ini Jumaat 7 Februari 2020, Tn. Haji Kamarudin Bin Abdullah (Presiden dan Pengasas IPSI serta Reformer Da’wah) bersama jemaah IPSI telah berkunjung ke pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibul Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri. Kunjungan IPSI disambut mesra oleh beliau dan kakitangannya.

Pelbagai perkara yang dibincangkan bersama Dato’ Seri Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan dunia da’wah Presiden IPSI dan IPSI sendiri di Pulau Pinang. Banyak mutiara kata-kata nasihat yang diberikan antaranya beliau menasihati agar terus kehadapan biarpun orang berkata-kata yang tidak enak untuk didengari.

Alhamdulillah Dato’ Seri Mufti telah menyambung tauliah mengajar di Wilayah Persekutuan kepada Presiden IPSI untuk 3 tahun lagi. Beliau juga berbesar hati menghadiahkan 7 jilid buku bertajuk Irshad Al-Fatwa kepada Presiden dan perpustakaan IPSI.

Jemaah IPSI mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Seri Mufti Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri atas kesudian beliau menjemput dan menerima kedatangan IPSI ini walaupun dengan jadualnya yang sangat padat, masa yang sangat terhad tetap sudi mendengar serta berbincang bersama mengenai dunia da’wah.

IPSI juga dengan rendah diri ingin menjemput Dato’ Seri Mufti untuk menziarahi pejabat IPSI agar kami mendapat manfaat serta keberkatan atas kedatangan A’lim Ulama’ yang disayangi ramai

You may also like...