LAWATAN DARIPADA WAKIL HONG KONG KE IPSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pada pagi ini (26 Disember 2018) IPSI telah menerima tetamu istimewa iaitu daripada wakil pendakwah Hong Kong. Kehadiran beliau disambut mesra oleh Tn. Haji Kamarudin Bin Abdullah, Presiden dan Pengasas IPSI serta Pemikir Islam. Ini merupakan lawatan terakhir bagi tahun ini.

Beliau bersama-sama dengan rombongannya juga telah dibawa melawat ke seluruh bahagian bangunan IPSI. Mereka sangat tertarik dengan aktiviti-aktiviti dakwah yang dijalankan oleh IPSI terutama tentang “free guided mosque tour”. Mereka bercadang untuk melaksanakan program seperti itu di sana. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar lawatan tersebut.

Semoga dengan lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara wakil pendakwah-pendakwah daripada Hong Kong dengan Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa. Insya Allah.

You may also like...