LAWATAN RASMI DARIPADA ZAKAT PULAU PINANG (ZPP)

LAWATAN RASMI DARIPADA ZAKAT PULAU PINANG (ZPP)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pada hari ini 4 Februari 2020 Selasa, IPSI telah menerima kunjungan daripada tetamu yang hebat iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, Ybhg. Tuan Amran Bin Hazali bersama delegasi-delegasinya. Kehadiran mereka disambut mesra oleh Tn. Haji Kamarudin Bin Abdullah (Presiden dan Pengasas IPSI serta Pemikir Islam) dan juga para Jemaah IPSI.

IPSI merupakan NGO yang pertama dipilih oleh beliau untuk dikunjung pada tahun ini. Satu penghormatan besar buat IPSI. Kata beliau, IPSI mempunyai banyak persamaan dengan ZPP terutamanya dalam memartabatkan Ummah Islam di Pulau Pinang khususnya.

Pada tahun lepas, kutipan zakat yang berjaya dikutip oleh IPSI berjumlah sebanyak RM500,000 telah diserahkan kepada ZPP. Dan pada tahun ini IPSI mensasarkan kutipan zakat akan lebih daripada itu. Oleh itu IPSI sebagai Wakil Kutipan Zakat Pulau Pinang, menyeru ummah untuk salurkan zakat anda kepada IPSI, dengan harapan ummah dapat menerima manfaat daripadanya.

Banyak perkara yang dibincangkan, antaranya cadangan untuk mewujudkan “Da’wah Truck” kerjasama antara ZPP dan IPSI untuk kepentingan Ummah.

Mereka telah dibawa melawat ke seluruh bahagian bangunan IPSI dan dijamu makan tengah hari bersama. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar lawatan tersebut.

Semoga dengan lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara pihak Zakat Pulau Pinang dengan Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa-IPSI. Insya Allah.

———————————–
Sahabat-sahabat bantulah IPSI untuk bantu Ummah melalui sumbangan ke akaun bank,

💰Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pulau Pinang Maybank 557380300023💰

Dan whatsapp resit sumbangan kepada Sister Sarah Tan 0194759745.

You may also like...