PRESIDEN IPSI TERIMA ANUGERAH DARJAH SETIA PANGKUAN NEGERI (D.S.P.N.)


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Maalik, Segala puji hanya milik Engkau Ya Allah yang dengan nikmatNya segala kebaikan menjadi sempurna. Alhamdulillah atas nikmat yang diberi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan seluruh sahabat Baginda.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kami ucapkan kepada Pengasas dan Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI), Ybhg. Dato’ Haji Kamarudin Bin Abdullah di atas penganugerahan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.) yang membawa kepada gelaran Dato’ sempena sambutan ulang tahun ke-82 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas.

Semoga dengan anugerah ini dapat meningkatkan lagi daya usaha dalam menyebarkan kebaikan dan dakwah kepada seluruh masyarakat. Semoga dengan pengalaman beliau dalam dunia dakwah selama 30 tahun dan penganugerahan darjah ini, usaha dakwah IPSI dapat berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.

هذا من فضل ربي