PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN “BACK TO SCHOOL”

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Insya Allah pada 25 Disember 2018 hari Selasa ini, IPSI akan menganjurkan program bantuan persekolahan “Back To School” khusus untuk kanak-kanak daripada keluarga yang kurang berkemampuan terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang telah dipilih.

Program akan bermula pada jam 2 petang di pasaraya Mydin, Jalan Penang. Program ini bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan dan memberi dorongan belajar kepada kanak-kanak yang akan meneruskan pelajaran di sekolah selaras dengan slogan IPSI “Dari Ummah Untuk Ummah”.

Jadi sehubungan dengan itu, kami menjemput sesiapa sahaja untuk datang bersama-sama dalam menjayakan program ini. Sesiapa yang berminat diminta untuk berkumpul di Mydin Jalan Penang pada pukul 2.00 ptg.

————————–——–
Bantulah IPSI untuk membantu dakwah dan ummah.
Salurkan sumbangan anda ke akaun aktiviti IPSI 5573 8030 0023 (Maybank).
LIKE & SHARE untuk sebarkan mesej ini. Jazakumullahu Khairan Katsira

You may also like...