[ Program Latihan Dakwah Pengucapan Awam ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, program latihan dakwah pengucapan awam yang berlangsung pada hari telah berjalan dengan jayanya. Program bermula pada jam 9 pagi hingga 2 petang bertempat di Auditorium Sheikh Ahmed Deedat, bangunan IPSI. Latihan pengucapan awam ini dikendalikan sepenuhnya oleh Tn. Hj. Kamarudin Abdullah iaitu presiden dan pengasas IPSI dalam bahasa Inggeris. Program ini terbuka kepada semua peringkat umur tanpa mengira bangsa.

Untuk maklumat juga program ini merupakan program bulanan IPSI yang bertujuan melatih para peserta cara dan teknik yang betul dalam usaha berdakwah kepada saudara bukan Islam. Insya Allah pada bulan-bulan seterusnya program ini akan dijalankan secara berkala supaya matlamat utamanya untuk melahirkan pendakwah yang efektif dapat dicapai. Semoga dengan usaha ini dapat menjadi bekalan kita di akhirat nanti. Insya Allah.

Berikut merupakan himpunan gambar sepanjang program berlangsung.

 

 

You may also like...