[ Road To Alaska : Africa Da’wah Tour 2017]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

InshaAllah kami akan berada di Zambia, Zimbabwe & Botswana dari 27hb Aug – 8hb Sept 2017 bagi Africa Da’wah Tour 2017. Jemputan ke Zambia, Zimbabwe & Botswana ini adalah susulan kejayaan kembara dakwah kami di Uganda pada tahun 2016. Kami juga akan ke negara Uganda, Kenya & Afrika Selatan pada 25hb Okt hingga 16hb Nov 2017.

Untuk makluman, segala perbelanjaan seperti tiket penerbangan, sewa sistem pembesar suara serta sewa stadium dan lokasi untuk berdakwah adalah di atas tanggungan kami sendiri manakala penganjur hanya mampu menyediakan penginapan, makanan serta pengangkutan darat sepanjang aktiviti dakwah kami di sana.

Tiada permaidani merah dan hotel 5 bintang tetapi cabaran dan dugaan yang bakal menanti kehadiran kami. Ketiga-tiga negara nenpunyai kominiti Muslimnya yang kurang dari 2% sahaja. Kursus dakwah, ceramah, dialog serta debat dengan missionari Kristian akan diadakan di sana kelak ! Insya Allah.

Jom sokong usaha dan kebajikan kami di dalam serta luar negara.

Salurkan sumbangan anda ke akaun aktiviti IPSI 5573 8030 0023 (Maybank)

You may also like...