[ Forum khas bertajuk “Islam, Muslim & Volunteerism” (Islam, Muslim dan Kesukarelawanan) & Dakwah Melalui Lawatan Masjid ]

IPSI akan mengadakan forum khas  bertajuk “Islam, Muslim & Volunteerism” (Islam, Muslim dan Kesukarelawanan) pada 1 Disember nanti bertempat di Dewan Sheikh Ahmed Deedat, bangunan IPSI no 197 Jalan Argyll, Georgetown, Penang.

Forum bertujuan membincangkan peri pentingnya sifat-sifat memberi, dan bersukarela di dalam ajaran Islam, yang mana amat penting dalam mewujudkan persekitaran dan masyarakat yg indah, harmoni, baik.

Pelbagai Persatuan dan NGO di dalam objektif yang berbeza-beza baik kebajikan, kemasyarakatan, kepenggunaan, dakwah dan sebagainya bergerak bertunjangkan sifat kesukarelawanan masyarakat telah memberi impak yang begitu signifikan, terutamanya ketika masa-masa getir seperti malapetaka, musibah banjir di Pulau Pinang ketika ini.

Sebagai seorang yang bergelar muslim, kita harus menjadi orang terkehadapan menghulurkan tangan mewujudkan dunia yang lebih baik. Ikuti kupasan-kupasan dan wacana yang akan di ulas oleh panel-panel hebat iaitu Tn Haji Kamarudin Abdullah (Presiden IPSI), Prof Madya Dr. Saupi Man dari Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Ir. Jamaludin Jamal Mohamed Shamsudin (Pengerusi ACCIN).

Antara program lain :

1 Dis 2017, 8.00 pm – 11.00pm : Forum “”Islam, Muslim & Volunteerism” ) – B.Melayu

2 Dis 2017, 8.30 am – 12.30 pm : Mosque Tour (Sempena Maulidur Rasul) & Street Dakwah – Masjid Kapitan Keling, Penang

sebarkan dan jumpa di sana. InsyaAllah.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan boleh PM facebook ini atau hubungi kami di talian 04-227 4846 / 47.
—————————————————————–>>>
Bantulah IPSI untuk membantu dakwah dan ummah.
Salurkan sumbangan anda ke akaun aktiviti IPSI 5573 8030 0023 (Maybank).

LIKE & SHARE untuk sebarkan mesej ini. JazakAllah Khairan Khathira.

 

You may also like...