Muhammad Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal

RM76.00

1 in stock

Description

Muhammad Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal

tulisan Martin Lings

Kini sudah terbit dalam bahasa Melayu dan diterbitkan oleh IBDE Ilham.

Buku ini memberi sudut baru sirah Rasullulah dengan perincian yang belum ditemui dalam versi yang lain. Ia berdasarkan sumber asal dari Arab lama yang dikesan sehingga abad ke-9. Ada penulisannya dari sumber asal yang ditranskrip ke bahasa Inggeris buat pertama kali. Fakta tidak bercanggah tetapi menawarkan pandangan baru dan ada fakta baru juga. Ia juga memuatkan terjemahan dari petikan asli perbualan orang-orang yang dekat dengan Rasullulah, yang pernah melihat Rasullulah bertutur dan saksi mata kepada reaksi Baginda terhadap isu sekeliling ketika hayat baginda.

Penulisannya berbentuk naratif sejarah Arab, kelahiran dan kehidupan Nabi Muhammad. Biografi ini mempunyai 85 bab-bab pendek. Setiap bab merakam peristiwa penting Islam dan kronologi perkembangan agama ini dan juga kisah hidup Rasullulah. Menarik dibaca seolah-olah pembaca terlibat sendiri pada zaman itu.

Siapakah Martin Lings? Martin Lings (atau Abū Bakr Sirāju ‘d-Din) lahir pada tahun 1909, walaupun dia seorang scholar sastera Shakesphere, pakar bahasa Inggeris dan juga rakan baik CS Lewis ketika menjadi pelajar di Universiti Oxford, pertemuannya dengan René Guénon, ahli metafizik Peranchis yang beragama Islam dan kemudian menjadi anak didik Frithjof Schoun, seorang pakar metafizik agama dari Jerman dan sehingga dia memeluk Islam dan telah membuka peluangnya ke Universiti Kaherah, menetap di sana bertahun lamanya sehingga dia terpaksa pulang ke UK akibat sentimen anti-British yang memuncak di sana pada 1952.

Sepulangnya, dia menyambung PhDnya di School of Oriental Studies, Universiti London. Tesis kedoktorannya menjadi buku tentang Ahli Sufi Algeria, Ahmad al-Alawi. Selepas bergelar doktor falsafah, Lings bekerja di British Museum dan kemudian di the British Library, menjaga manuskrip lama dari timur sehingga akhirnya menjaga Ketua Penjaga Oriental Printed Books and Manuscripts 1970–73.

Buku ini telah diulang cetak banyak kali dan diterjemahkan ke banyak bahasa asing termasuklah Perancis, Itali, Spanish, Turkish, Dutch, Melayu, Indonesia dan Tamil.

Additional information

Weight 0.8 kg
Penulis

Martin Lings

Penerbit

IBDE Ilham

ISBN

9789671809143

Bilangan Mukasurat

505

Jenis kulit buku

Kulit keras