Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz

RM50.00

Buku ini merupakan salah satu rujukan yang sesuai untuk kita mengetahui tentang Umar Abdul Aziz. Buku yang dihasilkan oleh Dr. Ali Muhammad Al-Shalabi yang berasal dari Libya, seorang pensyarah di Fakulti Dirasat Islamiyah Universiti Durman Al-Islamiyah, Sudan pada tahun 1999. Yang juga telah menghasilkan beberapa karya lain yang popular.

3 in stock

Description

Siapa yang tidak mengenali tokoh ini. Bahkan yang bukan beragama Islam pun ramai menyatakan kekaguman mereka terhadap keperibadian dan kejayaan yang telah dicapai oleh pemimpin ini. Satu peribadi yang cukup memberi kesan kepada umat di zamannya dan juga umat manusia yang selepas zamannya. Berdasarkan ajaran dan panduan Nabi Muhammad S.A.W, mencontohi kepimpinan Baginda serta sahabat-sahabat Baginda, Umar Abdul Aziz telah membawa masyarakat Islam ke arah kegemilangan yang hebat.

Mungkin banyak buku-buku yang menceritakan tentang kisah hidup dan betapa besar nama ini. Tetapi mungkin juga ada sudut-sudut perbahasan dan penjelasannya berbeza di dalam buku ini yang tidak terdapat di dalam buku lain. Penulis mengupaskan bab-bab perjelasan dan perbahasannya secara teratur kronologinya, bagi memudahkan kita untuk mengenali dan mencontohi sosok yang dikagumi ramai ini. Bertanggungjawab sebagai Khalifah dalam tempoh yang singkat iaitu tiga puluh bulan sahaja. Namun dalam masa sesingkat itu telah mengubah landskap kehidupan seluruh masyarakat Islam serba cukup dan selesa. Budaya hidup yang berlandaskan ajaran Nabi S.A.W, taraf ekonomi yang kukuh, politik yang tenang dan banyak lagi. Pengkaji-pengkaji sejarah, ekonomi, politik, sosial dan ramai lagi masih lagi mengkaji bagaimana ini boleh dicapai oleh beliau. Teori dan kajian tentang beliau juga sering diketengahkan. Keberkesanan dan efektifnya perlaksanaan yang diterapkan Umar yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W itu telah mengubah iklim ekonomi, politik dan sosial Empayar Islam di bawah Bani Umaiyyah.

Semoga kegemilangan Umar Abdul Aziz itu akan menjadi realiti di zaman kita ini. Dan dengan kehadiran buku ini akan lahir pemimpin yang hebat dalam menegakkan Al-Quran dan Sunnah Nabawiyah. Untuk seluruh pembaca, ia akan menjadi inspirasi untuk berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.

Additional information

Weight 1 kg
ISBN

9789675984891

Author

Dr. Ali Muhammad Muhammad Al-Shallabi

Publisher

Al-Hidayah

Pages

548

Cover Type

Hardcover